TEMAN BARU AKU

Tuesday, December 11, 2012

AGAIN..ENGAGEMENT DAY

ASSALAMUALAIKUM..




ok mula2 nak ucap A BIG CONGRATS TO MY LITTLE SIS..hope its not too late ok..hmm..da selamat pon jadi tunang orang..lupa nak bgthu majlis ni berlangsung pada 01 DECEMBER 2012..actually aku panggil die adik and her family da macam family aku pon..namanya NURUL NADIA..btw my doa for u sis moga kekal dan selamat pada hari ijab dan kabul nya...orang kata duguan bergelar tunang ni besar..so moga bersabar dan bertabah hati..ok tu je nak pesan..anyway u look so stunning even its simple...luv u sis..hehehhe..oh sory ambik pic without ur permisssion..ampun ya..



.


p/s : tetibe rasa aku pon nak tunang cz asyik dok buat entri pasal orang tunang..tp adakah yg sudi..???jeng..jeng..



Monday, December 10, 2012

AIR MATA

ASSLAMUALAIKUM..

Hmmm..aku ingat malam ni malas nak tulis apa2 entri pon..tapi entah la tetibe je rase nak tulih plak..bila cam ni aku sendiri pon x tahu nak mula or start dari mane..tapi..aku tetap rasa nak tulih jugak..actually ni bukan pasal orang lain tapi pasal diri aku sendiri..cuma ape kaitan tajuk entri ni dengan aku kan..??!

AIR MATA...ramai orang kate kan perempuan dan air mata memang x dapat nak dipisahkan..bahkan ada jugak orang kata air mata ni "senjata" bagi kaum hawa..bila orang cakap pasal air mata je ramai yang akan kaitkan wanita..to be honest aku x nafikan tapi aku jugak x menyokong fakta itu..sebab ada jugak kaum adam yang suka menangis cuma mereka tidak menzahirkan seperti kaum hawa..kononnya bagi kaum adam kalau menangis X MACHO..padahal kaum adam ni nak jaga EGO mereka yang sangat tinggi..tapi ada jugak kaum hawa yang x suka menangis dan susah or jarang mengeluarkan air mata..x bermakna kaum hawa yang dalam golongan ini x sensitif cuma mereka x nak menampakkan diri mereka lemah and lembik..mereka nak buktikan yang mereka jugak "kuat"..

ok aku nak cerita pasal aku..dulu aku ni dalam golongan yang susah untuk mengeluarkan air mata..x kisah dalam situasi apa pon..bukan aku x sensitif cuma tu bukan aku nak menzahirkahuan perasaan aku..aku lebih suka berdiam n tersenyum..walau "sakit" cam ne pon aku tanggung biar aku sendiri je tanggung dan rasa..sebab aku rasa bila aku menzahirkan je aku akan membuat ramai orang yang disekeliling aku ni susah hati..dan itu bukan la aku untuk susahkan mereka..senang cerita aku lebih suka pendam sendiri..biar orang kate aku ni sentiasa happy as long aku x susahkan sesiapa pon terutamanya mereka yang aku sayang..selagi boleh tahan dan simpan akan aku pendam je..bila rasa sedih marah tu datang aku akan buat2 sibuk and aku akan ingat quote ni "LET TIMES HEAL DA PAIN"..tapi ALHAMDULILLAH aku ok and boleh survive..

cuma...selepas kejadian 10 NOVEMBER 2010 tu aku rasa aku ni seorang yang lemah and mudah mengeluarkan air mata..sedangkan dulu aku bukan macam ni..walau kekadng akuu cuba tahan tapi malangnya empangan nya pecah jugak..pantang di marah atau terdengar apa2 word yang boleh buat hati aku terguris or terluka senang je air mata ni nak jatuh..aku sendiri x tahu kenapa..adakah sebab perubahan fizikal aku macam ni aku berubah jadi teramat and tersangat la sensitif..kekadang tu aku rasa aku ni lemah and lembik..

aku sendiri x tahu mana hilang diri aku yang dulu..yang kuat yang mampu hadapi apa jua rintangan..aku cuba cari balik tapi sampai sekarang aku gagal temuinya...puas aku cuba set on mind yang aku kena kuat x boleh nangis aku mesti jadi cam dulu..malangnya result yang aku dapat failed..aku tetap nangis..air mata aku tetap jatuh..kalau dulu orang nak kutuk or mengata aku pon aku x kisah sikit pon dan x terkudis pon bagi aku..but now air mata aku akan jatuh bila orang kutuk mengata n maki hamun aku..even quote yang aku selalu aku guna pon da xberi ape2 meaning da..same je..umpama air mata dan aku adalah kembar..

cumanya orang yang pernah nampak n jumpa aku still kate aku kuat lalui semua ini..aku bukan mintak untuk dipuji tapi aku kena jadi kuat..biarpon dalam ketawa aku menangis..tapi biar aku sendiri je yang tahu..aku berharap moga2 aku akan kembali menjadi diri aku yang dulu..moga aku masih mampu mengukir senyuman biar dalam apa keadaann sekalipon..aku da letih untuk menjadi lemah dan lembik..doakan aku moga aku menjadi kuat seperti dulu bahkan lebih kuat dari yang dulu..hanya itu yang aku pinta agar aku dapat jalani dan lalui kehidupan aku sekarang dengan tenang tanpa aku rasa aku ini membebankan or menyusahkan sesiapa terutama mereka yang aku sayang..AMEEN...IN SHAA ALLAH..


gambar sekadar hiasan


p/s : sorry kalau entri ni pjg dan membosankan..aku cuma tulih apa yang aku rasa..

Wednesday, December 05, 2012

ENGAGEMENT DAY ( E-DAY)

ASSALAMUALAIKU...

OK kalua tengok title entri aku kali sure ade yang pk E-DAY aku kan..oh tidak..same sekali bukan..hari aku belum tiba dan aku sendiri pon x pasti akan tiba atau tidak..so korang semua doa la yang terbaik utk aku ya..eh tengok aku da kelaut..so back on our story...actually ni bukan aku punya E-DAY..aku nak share dengan korang E-DAY memba aku..so aku nak wish A BIG CONGRATS TO MY DEAR FRIEND ZANA AND HER FIANCEE  FUAD FOR THE E-DAY..hope its no too late for me..hehehhe..tapi actually aku da wish thru BBM and time jumpa die pon aku da wish..so its not a big deal kan..oh btw they ols punya E-DAY on 24 NOVEMBER 2012..kenapa pilih date tu..??sebab hari tu x de kelas..so sebab tu la date itu dipilih..xde pape istemewa pon dengan date tu..ok2 jum layan a few pic on her E-DAY...



inilah wajah si zana..nampak berseri2 je kan..cantik..aku suka...biasa orang bertunangkan mestila happy x kan nak sedih pulak...ye ke tidak..??huhuhuhu..



oh aku lupa nak bagitahu korang..memba aku si zana ni tangan berseni..kalau korang nak tahu untuk E-DAY  die ni from top2toe die yang buat sendiri ok..maksud aku hantaran, stage nak sarung cincin, bunga2 untuk hiasan stage tu, and include make up die..semua sendiri buat..make up die mmg ade asas sebab ambik kelas kan..so sesape berminat boleh la hubungi die thru aku..hihihih..


inilah klimaks untuk event ni...part sarung cincin..huhuhhu..oh btw tu la MIL to be zana...muda beliawanis kan...hehehhe..aku wondering ape la perasaan zana time ni..tp yang aku pasti HAPPY...hehehhe...


ok korang tengok mane2 hantaran yang ade bunga kaler soft pink+purple tu la yang die buat sendiri..kan same bunga kat stage sarung cincin tadi...


finally..alhamdulillah they ols afficially engaged...huhuhu..moga kekal sampai jinjang pelamin n till jannah...oh ya..tu la fuad...zana's fiancee...so kiranya dorang ni "berdarah manis" la ye..??!!hurm...happy je both of them kan...aku pon tumpang happy..hihihi..






p/s : semua dari fb zana..tidak diedit..sory zana..ambik tak mintak..hehehe..:P

Tuesday, December 04, 2012

SIAPAKAH YUSUF ESTES...???

ASSALAMUALAIKUM...

I'm back...huhuhu..ah konon cam lame je kan aku tak update kat blog ni...hurm..kalau ikotkan aku nak tulih pasal engagement day memba aku..but then aku pk2 isu ni lebih menarik..so then aku nak bermula la penulisan aku..ok sudah cukip dulu intro nya...sikit kang korang bosan pulak..

Korang pernah dengar tak nama ni YUSUF ESTES atau SHEIKH YUSUF ESTES..??X pon pernah tengok tak muka die..??x kisah la secara live or on tv je..actually tadi aku tengok rancangan die dekat ASTRO OASIS dengan abang aku..aku memang selalu tengok rancangan die..tapi apa yang menyebabkan aku nak tulih pasal dia..??biasa la bila kita tengok dengan ada peneman mesti ade perbualankan..??so sama la dengan aku..ni dialog aku dengan aku..

aku : abg aha YUSUF ESTES ni YUSUF ISLAM ke..??
abg aha : yeke..??!google la tengok same tak..
aku : ala hp ni xlepas nak google..
*then die google guna hp die*
a.aha : eh bukan la..xsama muka dia dengan YUSUF ISLAM..
aku : oh maknenye bukan la..
*sambung tengok tv*

da habis aku pon masuk bilik on lappy terus google pasal hamba ALLAH ni sebab nak tahu..so kat bawah ni la gambar YUSUF ESTES..bila da google baru aku tahu pasal dia..thanx INCIK GOOGLE...


TAPI persoalannya...SIAPA DIA..??? sebab aku pon tertanya siapa dia sebenarnya..so kat bawah ni cerita pasal beliau...korang baca then korang akan tahu betapa hebatnya kuasa ALLAH..


" SHEIKH Yusuf Estes ialah seorang cendekiawan terkenal yang tidak pernah jemu mengembangkan syiar Islam ke seantero dunia serta mengedarkan bahan-bahan ceramah dalam pelbagai medium kepada umat manusia. 

Ikuti autobiografi penghijrahan akidah beliau dari seorang pengkhutbah Kristian kepada pendakwah Muslim yang aktif dan disegani.

Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang berpegang kuat kepada agama Kristian di Midwest, Amerika Syarikat. Hakikatnya, nenek moyang kami bukan sahaja membina gereja-gereja dan sekolah-sekolah sepanjang tanah ini tetapi keturunan kami juga merupakan orang yang paling awal datang ke situ.

Semasa di sekolah rendah, kami sekeluarga ditempatkan semula di Houston, Texas pada 1949. Kami selalu menghadiri gereja dan saya telah dibaptiskan pada usia 12 tahun di Pasadena, Texas.

Pada zaman remaja, saya teringin melawat ke gereja-gereja lain untuk mempelajari Baptist, Methodist, Episcopalian, Charismatic movement, Nazarene, Church of Christ, Church of God, Church of God ini Christ, Full Gospel, Agape, Chatolic, Presbyterian dan banyak lagi.

Namun, pengkajian saya tidak terhenti kepada agama Kristian. Agama Hindu, Yahudi, Buddha, Metaphysics dan kepercayaan tradisi orang Amerika turut saya selidiki. Sayangnya agama Islam tidak menjadi pilihan.

Bagaimanapun, saya tertarik dengan perbezaan jenis muzik terutamanya Gospel dan Klasikal. Memandangkan keluarga saya ramai yang kuat agamanya dan muzikal, ia secara tidak langsung menjadikan dua bidang ini sebagai pengajian permulaan. Semua ini membawa saya kepada jawatan Paderi Muzik di beberapa gereja di mana saya menjadi ahli gabungan selama lebih setahun. Saya mula mengajar keyboard pada 1960 dan sehingga 1963, saya berjaya memiliki studio sendiri di Laurel, Maryland yang diberi nama Estes Music Studios.


Sepanjang 30 tahun, saya dan bapa banyak bekerjasama mengendalikan pelbagai program hiburan. Kami juga membuka kedai piano dan organ di Texas, Oklahoma hingga ke Florida. Meskipun memperoleh kekayaan namun sukar temui ketenangan fikiran.

Persoalan seperti; "Mengapa kita diciptakan Tuhan?", "Apakah yang Tuhan mahu kita lakukan?", "Siapa Tuhan sebenarnya?" dan "Kenapa kita percaya dengan dosa sebenar?" sering menghantui diri. Namun semua persoalan ini dibidas keras malah menyuruh anda menerima tanpa mempersoalkannya atau itulah 'misteri' dan anda tidak perlu mempersoalkan hal itu.

Suatu hari tahun 1991, saya terkejut apabila diberitahu bahawa orang Islam mempercayai kitab Bible. Malah lebih memeranjatkan, mereka juga mempercayai bahawa Nabi Isa itu utusan Allah, Rasul, dilahirkan luar biasa tanpa berbapa, Nabi Isa akan kembali pada akhir zaman. Memang ia sesuatu yang sukar dipercayai, apatah lagi fikiran saya tentang Islam agak negatif.

Ayah saya sangat aktif menyokong kerja-kerja gereja, terutamanya dalam program sekolah sehingga beliau ditahbiskan (dipersucikan) pada 1970. Dia dan ibu tiri saya mengenali ramai mubaligh Kristian dan pendakwah sehingga pernah membantu pembinaan "Prayer Tower" di Tulsa, Oklahoma. Mereka berdua juga terlibat mengedarkan kaset-kaset ceramah di rumah-rumah orang tua, hospital dan rumah pesara.

Namun pada 1991, ayah mula berurusniaga dengan seorang lelaki dari Mesir dan menyuruh saya menemui lelaki beragama Islam itu. Pada awalnya saya agak keberatan apa lagi mengetahui bahawa mereka adalah pengganas, perampas, penculik dan pengebom. Bukan itu sahaja, mereka juga bukannya mempercayai Tuhan, yang mereka tahu hanya mencium tanah lima kali sehari dan menyembah kotak hitam di tengah padang pasir.

Tidak! saya tidak akan berjumpa dengannya. Berkali-kali juga ayah mendesak dengan mengatakan dia seorang yang baik. Kerana tidak tahan dengan permintaannya, akhirnya saya bersetuju dengan syarat; pada hari Ahad, selepas ke gereja, membawa kitab Bible, seutas salib dan memakai kep yang tertulis 'Nabi Isa adalah Raja'. Isteri dan dua anak perempuan saya ikut serta dalam pertemuan itu.

Saya terkejut kerana saya menantikan seorang yang bertubuh sasa dengan jubah, serban, berjanggut paras dada dan bulu kening bercantum di dahi. Tetapi lelaki ini jauh berbeza, tiada janggut dan kepalanya hampir botak. Yang pasti, orangnya menyenangkan dan mesra. Semua ini jauh daripada sangkaan awal saya. Pun begitu, matlamat saya pada masa itu hanya satu iaitu, 'menyelamatkannya' .


Ketuhanan

Saya banyak bertanyakan soalan kepadanya, terutamanya yang berkaitan dengan ketuhanan dan perihal nabi-nabi. Dia banyak mengiyakan. Kami semakin rancak berbual dan semenjak itu hubungan kami semakin rapat. Saya dapat rasakan yang dia seorang yang baik, pendiam dan sedikit pemalu. Banyak topik yang kami bualkan acap kali bertemu dan ada ketikanya saya cuba selitkan beberapa mesej tentang agama kami.

Pada suatu hari saya dapat tahu bahawa teman Islam saya, Mohamed terpaksa berpindah dan tinggal sementara waktu di masjid. Kami bersetuju menumpangkan Mohamed di rumah besar kami.

Pengenalan pendek dengan seorang lelaki yang mengakui paderi Kristian yang telah melakukan kerja-kerja mubaligh untuk gereja lebih 12 tahun di selatan dan tengah Amerika Syarikat dan Mexico serta di New York membawanya tinggal bersama kami dan Mohamed. Kami berbual tentang konsep kepercayaan dalam agama Islam.

Mengejutkan saya apabila diberitahu bahawa setiap paderi Katolik, mereka belajar agama Islam dan ada di antaranya yang memiliki doktor falsafah dalam subjek itu . Ini satu yang baru bagi saya.

Semenjak itu kami sentiasa berbincang tentang agama masing-masing. Kami pernah bertanyakan perubahan versi kitab masing-masing. Pernah sekali saya bertanyakan kepada Mohamed sejak 1,400 tahun sudah ada berapa versi al-Quran. Pendek jawapannya hanya ada satu iaitu al-Quran malah ia telah dihafal oleh jutaan manusia. Bagi saya ini sesuatu yang mustahil. Bagaimana kitab saya boleh berubah-ubah sedangkan al-Quran tetap terpelihara.

Pada suatu hari teman paderi saya bertanyakan Mohamed keinginannya untuk mengikutnya ke masjid untuk mengetahui keadaan di sana. Sekembalinya mereka, saya bertanya kepada paderi itu apa yang dilakukan oleh orang Islam? Dia memberitahu, tidak ada apa yang dilakukan hanya sembahyang dan pulang. Pelik, tidak ada ceramah ataupun nyanyian.

Beberapa hari kemudian, sekali lagi paderi itu mahu mengikut Mohamed ke masjid. Kali ini mereka pergi agak lama sehingga hari sudah gelap. Bila pulang saya dapati, Peter (paderi) sudah melakukan syahadah. Saya terkejut dan semalaman memikirkan hal itu, lalu menceritakan kepada isteri. Tambah mengejutkan, apabila isteri saya juga menyuarakan hasratnya untuk bergelar Muslim kerana mengakui kebenaran Islam.

Saya terus memanggil Mohamed dan kami berbincang sepanjang malam sehingga masuk waktu solat Subuh, Mohamad meminta izin untuk melaksanakan kewajipannya. Pada detik itu, saya menyedari erti kebenaran dan sudah tiba masanya untuk saya membuat pilihan yang bakal menyelamatkan saya sama ada di dunia mahupun akhirat.

Saya ke belakang rumah, ambil sekeping papan lapis dan di situlah saya sujud mengadap kiblat. Saya meminta, kepada-Nya petunjuk dan bimbingan. Selepas dari itu, saya benar-benar dapat merasakan perubahan di dalam diri. Saya terus naik ke atas dan mandi dengan harapan ia akan membersihkan dosa-dosa. Saya kini seorang yang baru dan berazam membina kehidupan atas dasar kebenaran.

Pukul 11 pagi hari itu, saya mengucap syahadah bersama dua saksi iaitu sebelum ini Father Peter Jacob dan Mohamed Abel Rehman. Kemudian diikuti isteri dan beberapa bulan selepas itu, bapa pula melafazkan syahadah. Anak-anak saya dipindahkan dari sekolah Kristian kepada sekolah Muslim. Sepuluh tahun kemudian mereka berjaya menghafal al-Quran. Akhir sekali, ibu tiri saya pula mengakui kebenaran Islam."


GAMBAR SEBELUM DAN SELEPAS KEMBALI PADA ISLAM



p/s : cerita dan gambar semua dari INCIK GOOGLE la mane lagi...

Saturday, December 01, 2012

IT'S DECEMBER GUYS..!!!

ASSALMUALAIKUM..



Holla everybody who's read my blog..ok this time just a short entri..just wanna say GOODBYE NOVEMBER and WELCOME DECEMBER..!! it's DECEMBER guys..the last month in every yearbefore we meet a new year...times flies too fast or i walk to slow??? hmmm....still didn't hava an answer for that question..huhuhu..ok thats all from me..


TEASER...





Thursday, November 29, 2012

MAJLIS DOA SELAMAT UNTUK BONDAKU

ASSALAMUALAIKUM...




ok I'm back...wah..happy gittew..ok2..entri kali ni aku xnak membebel panjang2..aku cume nak bagthu eh bukan nak share ala kira sama lettew..ok entri kali ni aku nk bgthu 2nd day mak aku sampai MALAYSIA family aku buat majlis doa selamat..yela kira mamcam kita bersyukur la everythings selamat...sebab orang kate kita pergi MENUNAIKAN IBADAH HAJI ni ibarat kita menyerah everythings ke tangan ALLAH..sebab ada yang mati kat sane..kita xtahu nasib kita..kira kita berjuang la..macam tu..ok da2 ni ade a few pic time 2nd day mak aku sampai MALAYSIA..oh ya pic kat atas ni dua2 hajjah tau..yang sebelah mak aku tu muda je..tapi rezeki die kan...




opah dengan cucunya..nampak sangat manis je cucu nya itu...opah pulak nampak kurus..


kalau sape pandai teka ape yang beza dalam pic ini..??


tengok wildan model of the day..dengan smua orang die ade..


tersenyum manis je...btw his mum said die buat kaki ala2 zizan giittew..


ok pic ni telah di edit n di combine kan..icha xbalik kampung pon cume die pkai jubah yang opah bagi..



p/s : sorry pic suasana majlis x ade...hehehe.. 


Saturday, November 24, 2012

WELCOME BACK HAJJAH WAN ASHIAH@WAN ASHIH BT WAN IDRIS

ASSALAMUALAIKUM..



Entri aku kali ni khas buat BONDA ku yang teramat sangat aku CINTAi...ALLHAMDULILLAH bondaku safely landed at KLIA on 19 NOVEMBER 2012 from JEDDAH after she done make HAJ...fuh aku speaking plak..huhuhuhuhu..syukur ALHAMDULILLAH MAK selamat sampai..and aku tak sangka mak 1st time naik flight tapi xkena " jetlag" ..uish..dasyat mak aku ni..da la dalam flight mak xtido..sebabnya..??!!next to her adalah haji..so mak takutr kang kalau tido terlanding atas bahu haji tu plak..yela nama ppon kita tido kan so mane nak sedar..pape pon aku n family syukur sangat2 mak selamat sampai rumah..and sihat walafiat..tu yang penting..ok here a few pic time kat KLIA while waiting mak..so enjoice kay..


ok ni entrance nak masuk ke KLIA..


hehehehe..pic aku lagi kan..so what da blog aku..mesti la muka aku je aku letak..xsuka korang xpayah tengok k..pejam mata..hahahahha..*evil laugh*


this my family members..on my right abang aku la..and on my left akk aku..ish akk aku ni kot ye ngantok pon jangan la tido kat sini..da lak tu xmenyempat2..tido sambil berdiri lak tu..hehehehhe..sorry kak idah..gurau2 manja gittew..


here me with mum to be..in shaa Allah..doakan tuk die ye..after 4years tunggu..maybe berkat mak doa kat MAKKAH kan..?!!who's know..oh lupa plak nak bagithu ini akk ipar ku..


then ni plak dad to be..pls ramai2 doakan ereka ya..after 4 years ni saat termanis dalam hdup mereka..oh ni abang aku la..wife die tadi yang kat ats nun yang pakai baju kaler pink itu..


ok ni pic da kat ..da la xjelas gambar HAJJAH..but then at least ada kan..pic dengan mak kat aiport semua kat may brota..oh ya the girl next to mak tu adik aku..die mmg suke nak interframe..so ni je pic yang aku ade..nnti kalau aku dapat pic dari abang aku kang ku update ya..



p/s : kalau aku dapat pic yang lain dari abang ku kang ku add on di disini..









Monday, November 19, 2012

SEHARI DI SHAH ALAM

ASSALAMUALAIKUM..


HMMMMMmm...cam ne aku nak mula entri kali ni ye..rasa mcm xde idea nak tulih tapi rasa cam nak share jugak..so cam ni la jadi sudahnya..xtahu nak mula dari mane..tapi pape pon aku suka pic kat atas nun..pic mahal ni..kenapa au cakap mahal..??sebab hamba Allah kat sebelah aku tu bukan suka bergambar da pulak kalau bergambar asalkan elok aksinya..kang korang tengok aksi die kat pic lain..btw aku ni citer a few days a go..citer time cuti DEEPAVALI..aku ambik kesempatan ni gi lepak SHAH ALAM la..rumah budakkat sebelah aku nun..xtahu nak buat apa so gi la shah alam..aku pegi sane time lunch..eh still boleh panggil lunch ke kalau pukul 3 p.m..??ah biar la aku nak panggil time ape pon sebab aku lunch time tu pon..orang lain gi beraya and open house aku lepak rumah saje..eh tapi ptg tu we ols keluar gi SACC MALL..so neh korang layan la a few pic time kat SACC MALL




ini la family INCIK TAUKEH..sebut betol2 bukan taugeh ok..yang sedang menolak stroller itu la INCIK TAUKEH..yang besar si baju putih itu WILDAN AQIL..si kecik berbaju orange itu NADEEM MUKHLIS..and lgi sorang tu sape lagi ISTERI INCIK TAUKEH a.k.a AKAK AKU la..so kira ni la family mereka..

APAKAH AKSI YANG SEDANG CUBA DILAKUKAN OLEH SI KECIK INI..??
ok kalau korang nak tahu die sedang cube melompat untuk ambik gambar..sape kate die tidak tahu beraksi..??si lagak dia..xnak kalah..


actually pic ni da nak balik da..dalam lift..siapa juru photog we ols..??teka la sendiri..xkan semua aku nak bgthu kot kan..??oh atas riba aku tu BIG APPLE..sekian lame aku xmakan tau..







ok tadi aku ade cakap WILDAN ni suka buat aksi pelik2 kalau ambik gambar..ni korang tengok la..die siap suruh aku ambik lain sebab nak buat aksi pelik2..



pic aku yang ni taken by WILDAN AQIL..ok jugak la..xde la teruk sangat..sure korang xbape nak percaya kan..??tapi ada aku kisah..da benda betol kan..huhuhuhu...




ni kat rumah...balik sudah..lepas kekenyang makan BIG APPLE + ROTI so kita berpicca2 dolu..si abang menyibuk dalam ini gambar..sebab tu la muka dia sipi2 sahaja..
ok nah last pic dari aku utk entri kali ini..


sekian sudah untuk kali ini..


p/s : mau tido sudah..jap gi mau bangun nak gi KLIA mau jemput BONDAKU comeback from MAKKAH..















Thursday, November 15, 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434H

ASSALAMUALAIKUM..





Aku rasa belum terlambat atau terlewat untuk aku ucapkan "SALAM MAAL HIJRAH 1434H" buat semua UMAT ISLAM..hari ni bermula hari baru bagi tahun baru buat semua umat ISLAM mengikut kalender ISLAM..semoga dihari baru dan ditahun baru ini memberikan kita semua seribu RAHMAT dan PENGERTIAN..kerana HIJRAH itu sendiri da membawa maksud yang sangat besar..HIJRAH berlaku dari zaman NABI MUHAMMAD S.A.W lagi..penghijrahan NABI dari KOTA MEKAH ke KOTA MADINAH..



tapi...

APA ITU HIJRAH DALAM KONTEKS ZAMAN SERBA MODEN INI..??

sama2 la kita berfikir da renungkan..apa kita sendiri telah melakukan PENGHIJRAHAN ke arah kebaikan..??atau kita selesa berada di mana kita berada sekarang..??tepuk dada tanyalah hati..tapi apa yang penting bila kita melakukan PENGHIJRAHAN kita mestilah IKHLAS dan TAWADUK' supaya ditetapkan hati kita umtuk terus BER'ISTIQAMAH..

lagu yang selalu kita dengar bila tiba MAAL HIJRAH..




P/S : saat ini bumi PALESTIN terus dibedil dan dibom..marilah sama2 kita berdoa dan terus berdoa untuk saudara kita disana..amin...





Monday, November 12, 2012

APA ADA DENGAN 10 11 12..????

ASSALAMUALAIKUM...

ok kalau tengok pada tajuk entri aku kali ni sure ramai tertanya2 nombor apakah itu..?? kalau nak tahu itu date pada saat entri ni aku tulih..cantik kan date tu..???aku sure ramai yang pilih date ni untuk SPECIAL things kan..??!! contohnya kawen la..tunang la..date nak COUPLE  la..and untuk ape sahaja yang SWEET..sebab apa pilih date ni..??!!meh sini aku tolong jawabkan..sebab die nampak SANGAT cantik and senang untuk INGAT.. 10 11 12 ...such a special date in this month and year perhaps..TAPI korang jangan plak fikir yg aku nak share yang aku kawin or tunang or ade orang PROPOSED aku on this date..sesungguhnya andai itu yang terjadi ia suatu yang MIRACLE pada aku..kenapa aku cakap macam tu..??eh suka hati aku la sebab keadaan aku yang ber'wheelchair..aku xkata ia MUSTAHIL sebab ada je yang da kawen and ber'family seperti orang lain even life on wheelchair..so sebab tu aku cakap its MIRACLE..if ade orang yang boleh ACCEPT orang cam aku ni aku anggap its a GIFT dari ALLAH..ok enough..aku da mula merapu n merepek..aku bukan nk cerita pasal tu semua..ok make it short..aku malas nak membebel panjang2 kat sini..actually date ni mmg ade kaitan dengan hidup aku..yang xmungkin aku lupa dan xkan lupa sampai bebila..even till my last breath..KENAPA,,??!!pada tarikh ni la aku telah keHILANGan orang yang paling aku sayang..aku SAYANG dia melebihi sayang aku pada diri aku sendiri..tapi aku tahu ALLAH lebih sayangkan dia ..orang tu TAK AKAN ada galang ganti..siapa lagi yang aku maksudkan selain dari THE MAN WHO I CALLED AYAH..dia la AYAH dia la KAWAN dia la SEGALA2NYA bagi kami anak2 dia..pada tarikh ini genaplah DUA  TAHUN AYAH pergi bertemu KEKASIH ABADI, ALLAH..

gambar sekadar hiasan..

dan tarikh ini juga aku xkan lupa sebab tarikh ini la telah mengubah hidup aku 360 darjah..dan yang membuat kan aku hidup menggunakan wheelchair..terkadang aku berharap yang aku xkan jumpa dengan date ini sebab ia sungguh memilukan hati aku..tapi aku tahu itu suatu yang MUSTAHIL melainkan aku MATI..tapi bersediakah diri ini untuk menempuh ALAM  lagi satu..??sigh..ok sudah dulu..






"DEAR AYAH,
AYAH, BETAPA RINDUNYA DIRI KAMI, ANAK2 AYAH PADAMU, AYAH..RASA SUNGGUH SEKEJAP AYAH "DIPINJAMKAN" BUAT KAMI UNTUK KAMI MENUMPANG TEMPAT BERTEDUH, BERMANJA, BERGANTUNG, BERKASIH-SAYANG..TEMPAT KAMI BERKONGSI MASALAH, MENGADU, BERGURAU-SENDA..RASANYA BELUM PUAS KAMI MERASAI SEMUA ITU AYAH..DAN BELUM SEMPAT KAMI MENGUTIP SEGALA PENGALAMAN HIDUP DAN ILMU YANG ADA PADAMU, AYAH KAU TELAH DIJEMPUT UNTUK PERGI BERTEMU KEKASIHMU YANG ABADI..APA DAYA KAMI UNTUK MELAWAN SEGALA SURATAN DA KETENTUAN DARI-NYA..WALAU KAMI MENANGIS AIR MATA DARAH SEKALIPUN KAMI TAHU AYAH TAKKAN KEMBALI KESISI KAMI..SESUNGGUHNYA KAMI TERASA KEHILANGAN, KESUNYIAN, KESEPIAN..KAMI RINDU JENAKAMU AYAH..HILAI TAWAMU..GURAUANMU..DAN SESUNGGUHNYA KAMI RINDU SEMUA PERIHAL TENTANGMU..TAPI KAMI TAHU MAK LEBIH LAGI TERASA SEMUA ITU..WALAUPUN KAMI SELALU NAMPAK SENYUMAN DIBIBIRNYA TAPI KAMI PERCAYA JAUH DISUDUT HATI MAK DIA MERINDUI AYAH..
AYAH, KAMI ANAK2 AYAH BERJANJI AKAN MENJAGA DAN MENYAYANGI MAK SELAGI HAYAT ADA..KAMI AKAN MEMBAHAGIA MAK BAGAIMANA AYAH LAKUKAN..WALAU KAMI TAHU IA TIDAK SETANDING YANG AYAH LAKUKAN..TAPI ITU JANJI KAMI AYAH..
AYAH, HARAPAN KAMI ANAK2 AYAH MOGA AYAH AMAN DISANA..DOA KAMI AKAN SENTIASA IRINGI AYAH..AYAH, KAMI ANAK2 AYAH AKAN BUAT AYAH DAN MAK BANGGA DENGAN KAMI..INSYAALLAH"


Saturday, November 10, 2012

BER'SKY FALL DI MBO KL FESTIVAL CITY

Teaser....

loading.......




ok nampak sangat aku excited kan..sampaikan xsempat nak mukadimah..btw ada aku kisah..actually just nak share yg aku baru je tgk SKY FALL..lambatkan aku??! tp apa aku pedulik biar la..janji aku tengok dari tak..aku tengok 07 NOVEMBER 2012..memandangkan banyak entri aku yang pending so yang terpaksa la aku hold n buat jeruk kat draft aku dulu..hehehe..


ok aku yg excited nak gi tengok sky fall..memandangkan dekat dgn rumah so aku pakai ape ade je..hahaha..mesti korang rase pic aku ni xperlu letak kan..??!! eh2..suka hati au la nk letak ke tak..da blog aku kan..??!!xkn nak letak muka korang lak kan..??!! erm..jap2 maybe aku kan letak muka korang kalau ade story pasal korang la..hehehehe..(^_~) ok2 cukup back to our story about SKY FALL..citer ni xde la best sgt pon..abg aku kat sebelah aku siap boleh tido lagi..bak abang aku cakap la bukan aku tau abg aku k... citer JAMES BOND kali ni kurang action and agak bosan..citer die lebih kepada nak matikan watak si M *old lady* tu..untuk tahu lanjut lagi tengok sendiri la ye..huhuhu..







nampak kat sebelah tu penyeponsor tiket tgh Q nak bayar tiket we ols la..oh lupa nak bgthu we ols gi tgk ber3..biasa la 2org sidekick aku..hahahhaa..btw THANX ya..meh nak bagi big hug..oh sangat poyo.. 
pic lagi sorg xdpt nk snap..ni pon nampak bontot belakang je..hehehhe..










ok we all tgk kat MBO KL FESTIVAL CITY..dekat je dgn rumah..xsmpai 15minit pon..amat la sangat dekat..so kalau lambat pon xkisah la kan..








ok ambik dari jauh hanya mengguna camera BLACKBERRY..so pic die agak xcantik..but do i care..at least ade ok..kau hado..???!! non hado kan..??! so diam..


pic actually aku snap meanwhile tggu abang aku gi toilet..ape la blom masuk da cari toilet.. skali tgk laluan ni nampak HORROR kan..??!! ni laluan nk untuk masuk ke bilik2 tayangan..actually view die nice..tp paham2 sndri la kenapa..malas aku ulang.. ape2 pon buat semua peminat BONd better tengok sendiri and nilai sendri sbb setiap orang ade opinion masing2 k.. ok sudah dulu ya..!!














p/s : amat lamaku simpan entri ini..

Friday, November 09, 2012

Outing with BUDDIES at PUTRAJAYA PART II

ASSALAMUALAIKUM....*xjawab dosa tau,,(^_~)

my MASTERPIECE

 left side : blackforest cheese cake
right side : new york cheese cake
*rasa die sangat sedap ok..k.maria mau lagi cake FREE (^_~)


Ok now aku nak sambung entri aku yg dulu...sory aku simpan lama entri ni..xde masa la..konon sangat la kan..??apa yang mana..?? ish la korang ni..nasib aku mood baik..*konon la baik sangat* ok sini aku refresh balik min korang yg xpernah service tu.. kalau korang nak tahu entri mane yg aku maksud kan ni..korang boleh baca kat sini ,,, ala actually xde pape pon nak story just nak share pic dengan korang je..sebab PART II ni we ols gi jumpa pengantin baru..sape lagikan,,k,maria la..dia keja kat RESEPI RAHSIA kat GALERIA near the KBS ...ok aku malas nk membebel banyak2 sebab aku tahu korang xsuka kan,, *ada aku kisah..??* so layab la pic ni ye..



pic yang kat atas ni pic we ols dengan pengantin baru..tapi die xde la pakai baju kawen..sebab tengah keja so giler ape nak pakai baju kawen lagi..


meh aku nak citer sikit mereka dalam pic yang kat atas ni..sebelah kiri tu K.ECHAH die ni wife to be and sebelah kanan tu da jadi wife orang pon..yang kat tengah2 tu plak forever alone..hahahahaha..


ok faiz terbukti kau suka ambik gambar ngan aku..see bape banyak pic kau dengan aku..tapi xpe aku paham..biasa la aku kan CANTIK kan..??!! so sbb tu kau nak ambik pic dengan aku..hewhewhewhew,,


ok dalam pic ni pulak korang tengok sebelah kanan kat atas..kan aku cakap die suka ambik pic dengan aku..so terbukti la mmg aku CANTIK..ok sudah..last but not least pic aku untuk entri kali ni ade kat bawah ni..





 internet aku sangat la "lembut" ..nak update entri ni je buat aku nak tertido je..tp siap jua..so moga kalian terhibur..