TEMAN BARU AKU

Monday, December 10, 2012

AIR MATA

ASSLAMUALAIKUM..

Hmmm..aku ingat malam ni malas nak tulis apa2 entri pon..tapi entah la tetibe je rase nak tulih plak..bila cam ni aku sendiri pon x tahu nak mula or start dari mane..tapi..aku tetap rasa nak tulih jugak..actually ni bukan pasal orang lain tapi pasal diri aku sendiri..cuma ape kaitan tajuk entri ni dengan aku kan..??!

AIR MATA...ramai orang kate kan perempuan dan air mata memang x dapat nak dipisahkan..bahkan ada jugak orang kata air mata ni "senjata" bagi kaum hawa..bila orang cakap pasal air mata je ramai yang akan kaitkan wanita..to be honest aku x nafikan tapi aku jugak x menyokong fakta itu..sebab ada jugak kaum adam yang suka menangis cuma mereka tidak menzahirkan seperti kaum hawa..kononnya bagi kaum adam kalau menangis X MACHO..padahal kaum adam ni nak jaga EGO mereka yang sangat tinggi..tapi ada jugak kaum hawa yang x suka menangis dan susah or jarang mengeluarkan air mata..x bermakna kaum hawa yang dalam golongan ini x sensitif cuma mereka x nak menampakkan diri mereka lemah and lembik..mereka nak buktikan yang mereka jugak "kuat"..

ok aku nak cerita pasal aku..dulu aku ni dalam golongan yang susah untuk mengeluarkan air mata..x kisah dalam situasi apa pon..bukan aku x sensitif cuma tu bukan aku nak menzahirkahuan perasaan aku..aku lebih suka berdiam n tersenyum..walau "sakit" cam ne pon aku tanggung biar aku sendiri je tanggung dan rasa..sebab aku rasa bila aku menzahirkan je aku akan membuat ramai orang yang disekeliling aku ni susah hati..dan itu bukan la aku untuk susahkan mereka..senang cerita aku lebih suka pendam sendiri..biar orang kate aku ni sentiasa happy as long aku x susahkan sesiapa pon terutamanya mereka yang aku sayang..selagi boleh tahan dan simpan akan aku pendam je..bila rasa sedih marah tu datang aku akan buat2 sibuk and aku akan ingat quote ni "LET TIMES HEAL DA PAIN"..tapi ALHAMDULILLAH aku ok and boleh survive..

cuma...selepas kejadian 10 NOVEMBER 2010 tu aku rasa aku ni seorang yang lemah and mudah mengeluarkan air mata..sedangkan dulu aku bukan macam ni..walau kekadng akuu cuba tahan tapi malangnya empangan nya pecah jugak..pantang di marah atau terdengar apa2 word yang boleh buat hati aku terguris or terluka senang je air mata ni nak jatuh..aku sendiri x tahu kenapa..adakah sebab perubahan fizikal aku macam ni aku berubah jadi teramat and tersangat la sensitif..kekadang tu aku rasa aku ni lemah and lembik..

aku sendiri x tahu mana hilang diri aku yang dulu..yang kuat yang mampu hadapi apa jua rintangan..aku cuba cari balik tapi sampai sekarang aku gagal temuinya...puas aku cuba set on mind yang aku kena kuat x boleh nangis aku mesti jadi cam dulu..malangnya result yang aku dapat failed..aku tetap nangis..air mata aku tetap jatuh..kalau dulu orang nak kutuk or mengata aku pon aku x kisah sikit pon dan x terkudis pon bagi aku..but now air mata aku akan jatuh bila orang kutuk mengata n maki hamun aku..even quote yang aku selalu aku guna pon da xberi ape2 meaning da..same je..umpama air mata dan aku adalah kembar..

cumanya orang yang pernah nampak n jumpa aku still kate aku kuat lalui semua ini..aku bukan mintak untuk dipuji tapi aku kena jadi kuat..biarpon dalam ketawa aku menangis..tapi biar aku sendiri je yang tahu..aku berharap moga2 aku akan kembali menjadi diri aku yang dulu..moga aku masih mampu mengukir senyuman biar dalam apa keadaann sekalipon..aku da letih untuk menjadi lemah dan lembik..doakan aku moga aku menjadi kuat seperti dulu bahkan lebih kuat dari yang dulu..hanya itu yang aku pinta agar aku dapat jalani dan lalui kehidupan aku sekarang dengan tenang tanpa aku rasa aku ini membebankan or menyusahkan sesiapa terutama mereka yang aku sayang..AMEEN...IN SHAA ALLAH..


gambar sekadar hiasan


p/s : sorry kalau entri ni pjg dan membosankan..aku cuma tulih apa yang aku rasa..

No comments:

Post a Comment