TEMAN BARU AKU

Wednesday, July 25, 2012

kehadiran yang tidak dipinta

Alhamdulillah hari ni kita menyambut 5 RAMADHAN..same2 la kita rebut pahala dibulan yg penuh keberkatan ini moga2 kita sama2 merasinya..oklah aku bukan nak cerita pasal puasa cume selingan sahaja memandangkan kita dibulan RAMADHAN..aku sendiri xtahu mane nak mula da mane nak start..jujurnya kita semua tak tahu ape perancangan Allah untuk kita..termasuk la aku..aku sendiri masih tertanya-tanya dan masih mencari jawapan..tapi aku percaya dengan setiap takdir yang Allah turunkan pada aku pasti sesuatu yang baik..kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.siapa sangka aku akan mempunyai seorang "abah"..tapi yang pasti dia bukan pengganti ayah kerana ayah tiada galang gantinya dan tiada dua..cume kehadiran insan yng menggelarkan dirinya abah membuat aku menjadi tertanya-tanya..kenapa aku??sesungguhnya aku tidak pinta..dan kehadirannya secara tiba-tiba.semuanya berlaku terlalu pantas..melalui perbualan yang ringkas..tetapi andainya dia adalah orang yang boleh untuk aku tumpang kasih seorang ayah aku terima moga-moga ia membawa sesuatu kebaikan kepada aku..semuanya bermula pada weekend lepas..masih ingat perbualan itu..

"dia : saya nak ambik awak jadi anak angkat saya
aku : (speechless dan hanya tersenyum..dan bertanya) kenapa?"

dan bermula dari perbualan itu tanpa aku sangka dan duga dia terus membahasakan dirinya abah instead of encik..lidah aku masih kekok untuk mengugkap panggilan itu..mungkin aku memerlukan waktu..ya aku memerlukan waktu untuk membiasakan lidah ini menyebut abah..kerana selama ini aku hanya ada ayah tiada abah dalam kamus hidup aku..aku akn tetap menghormati dia dan akan belajar untuk terima semua ini..

"maafkan wan abah..wan akan cuba untuk membiasakan
diri dengan kehadiran abah dalam hidup wan.."

Dan siapa aku untuk melawan takdir..satu lagi kehadiran yang tidak pernah aku pinta dalam hidup aku dan tidak pernah bermimpi..kerana aku tahu siapa aku..aku merasakan aku tidak layak..Ya Allah apa yang cube Engkau tunjukkan pada aku..apa makne semua ini Ya Allah..kenapa Engkau hadirkan mereka dalam hidup aku..??Ya Allah kau tunjukkan la aku kebenaran..hanya itu yang aku mampu..

"U jujurnya I xde niat langsung nak sakitkan hati U..I xpernah terfikir ini akan terjadi..kerana I masih ingat\ kata-kata U yang hanya menganggap I adik U..kenapa perasaan itu berubah??kenapa U xremind diri U yg I 
ni adik U??kenapa U kenapa??if U remind sure benda ni xkan jadi..betul kata U kita xboleh nak guna word IF..tp ape lagi harus I cakap..U "xkenal" lagi siapa I..percaya la when u know who am I, I'm pretty sure yang U xkan dan xmungkin akan rasa cam sekarang..honestly I xde niat nak tipu atau nak sorok dari U..I pernah ckp dulu InsyaAllah 1 fine day U akan tahu semua pasal I..ye semua..every single detail..tapi pls bagi I masa dan waktu..tolong paham keadaan I..I'm really sorry from bottom of my heart.."

Ya Allah aku mohon diberi kekuatan untuk menjalani hari-hari yang mendatang..tanpa-Mu aku rasa lemah untuk meneruskan perjalanan ini...Amin..

Friday, July 20, 2012

"DIA" tiba lagi


Malam ni bermula bulan baru bagi semua umat Islam..dimana bulan ramai yang nantikan..bulan yang membawa seribu keberkatan..bulan untuk kita "diuji"..semua tahu bulan ini ada banyak kelebihan..antaranya dibulan ini syaitan2 "diikat", semua pintu NERAKA ditutup dan hanya dibuka pintu SYURGA..bulan ini jugak semua seksaan kubur diberhentikan..ramai yang menanti bulan ini untuk menambah amalan2..bulan yang tiada duanya..setahun hanya sekali..bulan yang dimaksudkan ialah bulan RAMADHAN..so malam ini bermula malam pertama kita solat sunat tarawih *eh betul ke eja tu?!* dan RAMADHAN ke-2 aku sambut tanpa ayah..dan RAMADHAN kali ini aku sambut jauh dari mak..siang tadi dapat mesej dari adik..actually mak yang suruh SMS..

adik : mak cakap.." suruh k.iqa balik puasa kat rumah la 
senang..pasal belajar suruh die tangguh dulu.."
aku : susah la adeq..da start kelas da..rasenye xde pape kot..
cakap kat mak jangan risau..semua ok..:)

aku tahu mak risau sebab kali ni aku puasa jauh dari mak..rasa nak nangis je bila dapat SMS tu..yela mak sure pk macam mane aku nak berbuka nanti..plus abang ngn akk ipar aku keja so mak risau aku xde pape nak makan..mak, jangan risau iqa ok mak puasa kat sini..insyaAllah..memang iqa nak puasa dengan mak tapi iqa tak boleh..iqa ade kelas setiap minggu mak..
    so that kepada semua yang beragama islam aku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK..jangan xpuasa pulak ye..and kepada yang berkemampuan dan berkesempatan jangan pulak xpegi tarawih..rugi tau kalau xbuat..sebab RAMADHAN only once a yaer..


fahamilah ini..hehehehe..>.<



jangan lupa niat puasa ye!?^_^



Wednesday, July 18, 2012

biarkan tangan berkata-kata

salam

rasanya cam lama je aku tak hupdate blog aku..tapi actually xde la lame sangat pon..kalau tk last entri aku pon masih lagi dalam bulan ni..sebenarnya aku ade story nak share kat sini but then nanri la..ok xde pape pon..kepada semua thanx baca..tunggu next entri nanti aku story ya..selamatmalam..

Wednesday, July 11, 2012

tragedi 10 NOVEMBER 2010


Aku rasa belum ade entri aku yang aku ceritakan SIAPA AKU?? so malam ni aku tergerak nak buat entri TENTANG AKU..sini aku citer simple about aku..nama penuh yg dibagi oleh mak ngn ayah aku adalah WAN QATRUNNADA WAN ZABIDI..saat entri ni ditulih aku umur 23thn 5bln 11 hari..aku rasa xperlu aku nak ulang kenapa aku berbelog ni cz korang boleh baca disini *konon ade org nak baca je* 
ok now aku nak story pasal aku..aku dilahirkan seperti anak2 lain yg cukup sifat..sihat semuanya..aku membesar menjadi kanak2 yang aktif..aku sangat aktif disekolah baik sekolah rendah,menengah sehingga la aku di IPTA..aku aktif dalam sukan,bepersatuan dan macam2 lagi..
Sehinggala tragedi itu telah merubah hidup aku secara total secara..hidup aku berubah 360 darjah..semua disebabkan tragedi itu..kalau korang nak tahu tragedi ape aku maksudkan korang boleh baca disini so korang akan tahu ape maksud aku..disebabkan kejadian itu jugak aku admitted 2 hospital dan 2 kali operation..1st aku dimasukan ke GH IPOH..kurang lebih 3 minggu aku check in kat sane and menjalani MAJOR operation dibahagian tulang belakang aku dan aku dlm OT about 7-9 hours..dimasukkn 2 plat untk stable'kan balik spinal cord aku..dan dari situ juga aku tahu yang aku sudah lumpuh tidak mampu berjalan..then family aku decide untuk transfer aku ke GH KL..coz aku xde family yg dok kat ipoh compared dengan KL..family aku bersepah ramai kat sini..then bermula la kehidupan aku disini..pelangi masih belum muncul even aku disini cz doctor diagnose aku punya tempat operation(op) ade infection..then they all decide aku kena buat 2nd op..jarak 1st  and 2nd op xsampai sebulan so doc tak boleh nak bg aku ubat tahan sakit dalam dos yang tinggi..then disebabkan itu untuk 2nd op ubat tahan sakit hanya cover untuk time op selepas tu xde then apa lagi aku dapat rase sakitnya hanya Allah je tahu..aku menangis meraung..tp demi untuk tidak melihat air mata sang ibu aku sanggup menahan sakit itu..bukan aku nak tunjuk aku anak baik..TIDAK!!aku hanya tak nak dia susah hati dan kesedihan kerana antara aku dengan dia tiada beza umpama sudah jatuh ditimpa tangga..die kehilangan sang suami yang dicintai dan tanpa rela die perlu menerima anak yang sudah hilang keupayaan..dan aku pulak kehilangan sang ayah dlm masa yang same aku terpaksa terima diri aku yang baru..so dihospital inilah la aku di ajar cara mengurus dan menjalani kehidupan yang baru kerana kehidupan orang seperti kami tidak mati disini..life must go on!!dan Alhamdulillah lebih kurang 2bulan lebih aku discharged dri sini dan bermula la kehidupan aku di dunia sebenar..ketika itu jika ditanya apa perasaan aku??aku sendiri tidak tahu sama seperti bila aku tahu yang diri ini tidak lagi mampu untuk berjalan..aku tiada perasaan ketika itu..sedihkah??marahkah??tipula kalau aku cakap xsedih sebab aku jugak manusia biasa..tp air mata tidak keluar..aku sendiri tidak tahu kenapa da mengapa..marah??pada siapa aku harus marah??pada ALLAH??oh TIDAK sama sekali kerana DIA tahu apa yang terbaik untuk diri ini..kerana sesungguhnya DIA hanya menurunkan ujian kepada umat-NYA yang mampu..tapi mampukah aku??persoalan ini sering bermain diminda in sampai saat ini..pada abg aku??yg ketika itu drive kereta..jugak TIDAK kerana aku percaya marah hanya akan membawa aku lebih menderita..kerana sampai bila aku harus marah  kan die??sesungguhnye sekelumit tidak aku marahdan tidak menyalahkan pada abang aku kerana aku tahu dia pon tidak mahu ini terjadi kerana aku tahu sampai saat ini dia masih salahkan diri dia diatas kematian ayah..aku tahu beban emosi die lagi berat untuk menanggung semua ini..oleh sebab itu akuu redha dan aku percaya pasti ade hikmah dan ketentuan-NYA..aku bersyukur ketika kejadian itu terjadi aku sudah lepas menduduki final exam untuk final year aku in DIPLOMA CIVIL ENGINEERING..sekarang aku masih lagi bergelar student..aku buat DEGREE IN CIVIL ENGINEERING at UTM as a part time student..ini semua demi memenuhi janji aku kepada ayah jugak impian aku..so doakan aku moga sihat dan terus mampu untuk meneruskan kehidupan ini..AMIN...


gambar ini campur2 tapi semua selepas tragedi itu


ini gambar ketika malam final EURO 2012




pssst : sorry xbanyak pic cz dalam lappy ni xde pic la..^_~

Friday, July 06, 2012

a journey to meet my chenta!!

Hati berbunga xsabar rasanya nak jumpa my chenta..da lama sangat rasanya xjumpa..rindu sangat2 rasanya..so tengah malam tadi aku pon gerak dari klang untuk jumpa my chenta with my 2 driver tetap aku..lebih kurang pukul 1.30 pagi..so ktorang bertiga pon gerak dari klang..so 2 driver aku da ngantok then ktorang decide nak drop kat R&R Tapah..boleh kate kan ni pit stop wajib berhenti la..untuk hilangkan mengantok..


Nescafe untuk hilangkan mengantok

ini la 2 driver wajib aku
ok tu stall wajib..tp syg time ni stall makan tutup
ni da nak gerak lepas kena a cup of coffee


mesti korang tertanya2 sape la aku maksudkan dgn my chenta kan?!?*ah konon ramain sgt reader kat sini..menyampah..*orang yang aku maksud kan sudah semestinya la my bondaku sayang..she the one and only bondaku..so ni ade la a few pic yang aku snap all the way aku dari klang ke kampung ku..kampung ku di Gerik.ok cukup sampai disini..

Monday, July 02, 2012

warna-warni FINAL EURO 2012 di i-city


Oklah based on tajuk pon da blh agak apa aku citer kan?!?ok la awal pagi tadi adalah final EURO 2012..*actually team aku da out time semi lawan italy..*aku ni memang suka tengok bola tambahan plak dpt abg2 yg sporting dan yang jugak minat sama cam aku and dorang sanggup bawak aku tengok final kat i-city..mmg happening la pagi tadi..org pon ramai sgt dari yg kecil sampai la yg tua..smua ade..even xkenal pon tp bile da support team yg sama terus jadi kenal..so disebabkan spain menang aku dapat one jc spain..xsabar nak menunggu jc itew..so aku malas nak citer banyak korang layan la a few pic ni ya..ni je dapat snap with my blackberry phone..*konon cam aku sorang pakai bb phone*

RESULT
FINAL EURO
ITALY VS SPAIN
  0        4





crowd di i-city
ni time 1st gol untuk spain





ini mereka yang bersama aku untuk menonton
FINAL EURO awal pagi tadi..psstt..
that guy yang berbaju putih itew kipas susah mati
team spain plus si perempuan bertudung itew..
yang lain hanya sekadar memberi sokongan
pada italy kerana pasukan mereka kalah awal..



pssstt : pic aku xde sebab aku aku xsuka bergambar..*konon*

Sunday, July 01, 2012

gagal untuk melangkah

Aku tak tahu ape yang aku nak tulih sebab terlalu banyak yang bermain dalam kepala otak aku ni..andai mampu ingin rasanya aku tulih semua benda tu kat sini..saat jejari aku menari diatas kekunci lappy aku air mata aku xberhenti dari terus gugur..hari ni aku rasa "down" sangat..dari petang sampai  malam air mata xsegan2 keluar dari mata ini..Ya Allah aku memohon kepada-Mu suntikkan lagi sedikit kekuatan dalam diri ini untuk menjalani hari2 yg mendatang..


Ya Allah aku mohon kepada-Mu untuk diberi kekuatan
moga aku kuat untuk menjalani kehidupan
dan cubaan serta dugaan yang
akan ku alami..Amin..


Walaupun aku sering membisik pada diri ini yang aku kuat aku mmpu untu tempuhi semua dugaan dan cubaan tapi disebabkan peristiwa siang tadi membuat aku rasa amat lemah dan hilang semua kekuatan..sakitnya hanya Dia yg tahu..benarlah pepatah mengatakan "lidah bila berkata lebih tajam dari pedang"..disebabkan hanya kata2 aku jadi hilang kekuatan..bukan aku xboleh nak terima bila di tegur cuma biar kena dengan caranya..sakitnya hati bila aku dikata BODOH lebih dari sekali..ya aku tahu dan aku sedar ilmu aku masih cetek masih sedikit belum smpai sehasta masih sejengkal..tp perlu ke ulang perkata BODOH tu untuk lebih dari sekali..sakit tahu tak bila dikata sebegitu..aku jugak dituduh BODOH SOMBONG..salahkah aku bertanya kepada yg lain untu satu kepastian??adakah itu dinamakan aku mempertikai kan ilmu yg diberi..yang lebih memeritkan apabila aku didoa untuk menjadi BODOH..mak aku sendiri  pon xpernah mendoakan anak dia untuk jadi BODOH..saat ni perasaan rindu aku makin menggebu pada ayah..Allah kenapa sekejap sangat Kau pinjamkan ayah untuk kami..kami masih perlukan dia untuk lalui kehidupan..aku..aku..ya aku masih perlukan ayah..


arwah ayah 01011943-10112010
moga aman disana..
Al-fatihah