TEMAN BARU AKU

Wednesday, July 11, 2012

tragedi 10 NOVEMBER 2010


Aku rasa belum ade entri aku yang aku ceritakan SIAPA AKU?? so malam ni aku tergerak nak buat entri TENTANG AKU..sini aku citer simple about aku..nama penuh yg dibagi oleh mak ngn ayah aku adalah WAN QATRUNNADA WAN ZABIDI..saat entri ni ditulih aku umur 23thn 5bln 11 hari..aku rasa xperlu aku nak ulang kenapa aku berbelog ni cz korang boleh baca disini *konon ade org nak baca je* 
ok now aku nak story pasal aku..aku dilahirkan seperti anak2 lain yg cukup sifat..sihat semuanya..aku membesar menjadi kanak2 yang aktif..aku sangat aktif disekolah baik sekolah rendah,menengah sehingga la aku di IPTA..aku aktif dalam sukan,bepersatuan dan macam2 lagi..
Sehinggala tragedi itu telah merubah hidup aku secara total secara..hidup aku berubah 360 darjah..semua disebabkan tragedi itu..kalau korang nak tahu tragedi ape aku maksudkan korang boleh baca disini so korang akan tahu ape maksud aku..disebabkan kejadian itu jugak aku admitted 2 hospital dan 2 kali operation..1st aku dimasukan ke GH IPOH..kurang lebih 3 minggu aku check in kat sane and menjalani MAJOR operation dibahagian tulang belakang aku dan aku dlm OT about 7-9 hours..dimasukkn 2 plat untk stable'kan balik spinal cord aku..dan dari situ juga aku tahu yang aku sudah lumpuh tidak mampu berjalan..then family aku decide untuk transfer aku ke GH KL..coz aku xde family yg dok kat ipoh compared dengan KL..family aku bersepah ramai kat sini..then bermula la kehidupan aku disini..pelangi masih belum muncul even aku disini cz doctor diagnose aku punya tempat operation(op) ade infection..then they all decide aku kena buat 2nd op..jarak 1st  and 2nd op xsampai sebulan so doc tak boleh nak bg aku ubat tahan sakit dalam dos yang tinggi..then disebabkan itu untuk 2nd op ubat tahan sakit hanya cover untuk time op selepas tu xde then apa lagi aku dapat rase sakitnya hanya Allah je tahu..aku menangis meraung..tp demi untuk tidak melihat air mata sang ibu aku sanggup menahan sakit itu..bukan aku nak tunjuk aku anak baik..TIDAK!!aku hanya tak nak dia susah hati dan kesedihan kerana antara aku dengan dia tiada beza umpama sudah jatuh ditimpa tangga..die kehilangan sang suami yang dicintai dan tanpa rela die perlu menerima anak yang sudah hilang keupayaan..dan aku pulak kehilangan sang ayah dlm masa yang same aku terpaksa terima diri aku yang baru..so dihospital inilah la aku di ajar cara mengurus dan menjalani kehidupan yang baru kerana kehidupan orang seperti kami tidak mati disini..life must go on!!dan Alhamdulillah lebih kurang 2bulan lebih aku discharged dri sini dan bermula la kehidupan aku di dunia sebenar..ketika itu jika ditanya apa perasaan aku??aku sendiri tidak tahu sama seperti bila aku tahu yang diri ini tidak lagi mampu untuk berjalan..aku tiada perasaan ketika itu..sedihkah??marahkah??tipula kalau aku cakap xsedih sebab aku jugak manusia biasa..tp air mata tidak keluar..aku sendiri tidak tahu kenapa da mengapa..marah??pada siapa aku harus marah??pada ALLAH??oh TIDAK sama sekali kerana DIA tahu apa yang terbaik untuk diri ini..kerana sesungguhnya DIA hanya menurunkan ujian kepada umat-NYA yang mampu..tapi mampukah aku??persoalan ini sering bermain diminda in sampai saat ini..pada abg aku??yg ketika itu drive kereta..jugak TIDAK kerana aku percaya marah hanya akan membawa aku lebih menderita..kerana sampai bila aku harus marah  kan die??sesungguhnye sekelumit tidak aku marahdan tidak menyalahkan pada abang aku kerana aku tahu dia pon tidak mahu ini terjadi kerana aku tahu sampai saat ini dia masih salahkan diri dia diatas kematian ayah..aku tahu beban emosi die lagi berat untuk menanggung semua ini..oleh sebab itu akuu redha dan aku percaya pasti ade hikmah dan ketentuan-NYA..aku bersyukur ketika kejadian itu terjadi aku sudah lepas menduduki final exam untuk final year aku in DIPLOMA CIVIL ENGINEERING..sekarang aku masih lagi bergelar student..aku buat DEGREE IN CIVIL ENGINEERING at UTM as a part time student..ini semua demi memenuhi janji aku kepada ayah jugak impian aku..so doakan aku moga sihat dan terus mampu untuk meneruskan kehidupan ini..AMIN...


gambar ini campur2 tapi semua selepas tragedi itu


ini gambar ketika malam final EURO 2012




pssst : sorry xbanyak pic cz dalam lappy ni xde pic la..^_~

4 comments: