TEMAN BARU AKU

Tuesday, December 04, 2012

SIAPAKAH YUSUF ESTES...???

ASSALAMUALAIKUM...

I'm back...huhuhu..ah konon cam lame je kan aku tak update kat blog ni...hurm..kalau ikotkan aku nak tulih pasal engagement day memba aku..but then aku pk2 isu ni lebih menarik..so then aku nak bermula la penulisan aku..ok sudah cukip dulu intro nya...sikit kang korang bosan pulak..

Korang pernah dengar tak nama ni YUSUF ESTES atau SHEIKH YUSUF ESTES..??X pon pernah tengok tak muka die..??x kisah la secara live or on tv je..actually tadi aku tengok rancangan die dekat ASTRO OASIS dengan abang aku..aku memang selalu tengok rancangan die..tapi apa yang menyebabkan aku nak tulih pasal dia..??biasa la bila kita tengok dengan ada peneman mesti ade perbualankan..??so sama la dengan aku..ni dialog aku dengan aku..

aku : abg aha YUSUF ESTES ni YUSUF ISLAM ke..??
abg aha : yeke..??!google la tengok same tak..
aku : ala hp ni xlepas nak google..
*then die google guna hp die*
a.aha : eh bukan la..xsama muka dia dengan YUSUF ISLAM..
aku : oh maknenye bukan la..
*sambung tengok tv*

da habis aku pon masuk bilik on lappy terus google pasal hamba ALLAH ni sebab nak tahu..so kat bawah ni la gambar YUSUF ESTES..bila da google baru aku tahu pasal dia..thanx INCIK GOOGLE...


TAPI persoalannya...SIAPA DIA..??? sebab aku pon tertanya siapa dia sebenarnya..so kat bawah ni cerita pasal beliau...korang baca then korang akan tahu betapa hebatnya kuasa ALLAH..


" SHEIKH Yusuf Estes ialah seorang cendekiawan terkenal yang tidak pernah jemu mengembangkan syiar Islam ke seantero dunia serta mengedarkan bahan-bahan ceramah dalam pelbagai medium kepada umat manusia. 

Ikuti autobiografi penghijrahan akidah beliau dari seorang pengkhutbah Kristian kepada pendakwah Muslim yang aktif dan disegani.

Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang berpegang kuat kepada agama Kristian di Midwest, Amerika Syarikat. Hakikatnya, nenek moyang kami bukan sahaja membina gereja-gereja dan sekolah-sekolah sepanjang tanah ini tetapi keturunan kami juga merupakan orang yang paling awal datang ke situ.

Semasa di sekolah rendah, kami sekeluarga ditempatkan semula di Houston, Texas pada 1949. Kami selalu menghadiri gereja dan saya telah dibaptiskan pada usia 12 tahun di Pasadena, Texas.

Pada zaman remaja, saya teringin melawat ke gereja-gereja lain untuk mempelajari Baptist, Methodist, Episcopalian, Charismatic movement, Nazarene, Church of Christ, Church of God, Church of God ini Christ, Full Gospel, Agape, Chatolic, Presbyterian dan banyak lagi.

Namun, pengkajian saya tidak terhenti kepada agama Kristian. Agama Hindu, Yahudi, Buddha, Metaphysics dan kepercayaan tradisi orang Amerika turut saya selidiki. Sayangnya agama Islam tidak menjadi pilihan.

Bagaimanapun, saya tertarik dengan perbezaan jenis muzik terutamanya Gospel dan Klasikal. Memandangkan keluarga saya ramai yang kuat agamanya dan muzikal, ia secara tidak langsung menjadikan dua bidang ini sebagai pengajian permulaan. Semua ini membawa saya kepada jawatan Paderi Muzik di beberapa gereja di mana saya menjadi ahli gabungan selama lebih setahun. Saya mula mengajar keyboard pada 1960 dan sehingga 1963, saya berjaya memiliki studio sendiri di Laurel, Maryland yang diberi nama Estes Music Studios.


Sepanjang 30 tahun, saya dan bapa banyak bekerjasama mengendalikan pelbagai program hiburan. Kami juga membuka kedai piano dan organ di Texas, Oklahoma hingga ke Florida. Meskipun memperoleh kekayaan namun sukar temui ketenangan fikiran.

Persoalan seperti; "Mengapa kita diciptakan Tuhan?", "Apakah yang Tuhan mahu kita lakukan?", "Siapa Tuhan sebenarnya?" dan "Kenapa kita percaya dengan dosa sebenar?" sering menghantui diri. Namun semua persoalan ini dibidas keras malah menyuruh anda menerima tanpa mempersoalkannya atau itulah 'misteri' dan anda tidak perlu mempersoalkan hal itu.

Suatu hari tahun 1991, saya terkejut apabila diberitahu bahawa orang Islam mempercayai kitab Bible. Malah lebih memeranjatkan, mereka juga mempercayai bahawa Nabi Isa itu utusan Allah, Rasul, dilahirkan luar biasa tanpa berbapa, Nabi Isa akan kembali pada akhir zaman. Memang ia sesuatu yang sukar dipercayai, apatah lagi fikiran saya tentang Islam agak negatif.

Ayah saya sangat aktif menyokong kerja-kerja gereja, terutamanya dalam program sekolah sehingga beliau ditahbiskan (dipersucikan) pada 1970. Dia dan ibu tiri saya mengenali ramai mubaligh Kristian dan pendakwah sehingga pernah membantu pembinaan "Prayer Tower" di Tulsa, Oklahoma. Mereka berdua juga terlibat mengedarkan kaset-kaset ceramah di rumah-rumah orang tua, hospital dan rumah pesara.

Namun pada 1991, ayah mula berurusniaga dengan seorang lelaki dari Mesir dan menyuruh saya menemui lelaki beragama Islam itu. Pada awalnya saya agak keberatan apa lagi mengetahui bahawa mereka adalah pengganas, perampas, penculik dan pengebom. Bukan itu sahaja, mereka juga bukannya mempercayai Tuhan, yang mereka tahu hanya mencium tanah lima kali sehari dan menyembah kotak hitam di tengah padang pasir.

Tidak! saya tidak akan berjumpa dengannya. Berkali-kali juga ayah mendesak dengan mengatakan dia seorang yang baik. Kerana tidak tahan dengan permintaannya, akhirnya saya bersetuju dengan syarat; pada hari Ahad, selepas ke gereja, membawa kitab Bible, seutas salib dan memakai kep yang tertulis 'Nabi Isa adalah Raja'. Isteri dan dua anak perempuan saya ikut serta dalam pertemuan itu.

Saya terkejut kerana saya menantikan seorang yang bertubuh sasa dengan jubah, serban, berjanggut paras dada dan bulu kening bercantum di dahi. Tetapi lelaki ini jauh berbeza, tiada janggut dan kepalanya hampir botak. Yang pasti, orangnya menyenangkan dan mesra. Semua ini jauh daripada sangkaan awal saya. Pun begitu, matlamat saya pada masa itu hanya satu iaitu, 'menyelamatkannya' .


Ketuhanan

Saya banyak bertanyakan soalan kepadanya, terutamanya yang berkaitan dengan ketuhanan dan perihal nabi-nabi. Dia banyak mengiyakan. Kami semakin rancak berbual dan semenjak itu hubungan kami semakin rapat. Saya dapat rasakan yang dia seorang yang baik, pendiam dan sedikit pemalu. Banyak topik yang kami bualkan acap kali bertemu dan ada ketikanya saya cuba selitkan beberapa mesej tentang agama kami.

Pada suatu hari saya dapat tahu bahawa teman Islam saya, Mohamed terpaksa berpindah dan tinggal sementara waktu di masjid. Kami bersetuju menumpangkan Mohamed di rumah besar kami.

Pengenalan pendek dengan seorang lelaki yang mengakui paderi Kristian yang telah melakukan kerja-kerja mubaligh untuk gereja lebih 12 tahun di selatan dan tengah Amerika Syarikat dan Mexico serta di New York membawanya tinggal bersama kami dan Mohamed. Kami berbual tentang konsep kepercayaan dalam agama Islam.

Mengejutkan saya apabila diberitahu bahawa setiap paderi Katolik, mereka belajar agama Islam dan ada di antaranya yang memiliki doktor falsafah dalam subjek itu . Ini satu yang baru bagi saya.

Semenjak itu kami sentiasa berbincang tentang agama masing-masing. Kami pernah bertanyakan perubahan versi kitab masing-masing. Pernah sekali saya bertanyakan kepada Mohamed sejak 1,400 tahun sudah ada berapa versi al-Quran. Pendek jawapannya hanya ada satu iaitu al-Quran malah ia telah dihafal oleh jutaan manusia. Bagi saya ini sesuatu yang mustahil. Bagaimana kitab saya boleh berubah-ubah sedangkan al-Quran tetap terpelihara.

Pada suatu hari teman paderi saya bertanyakan Mohamed keinginannya untuk mengikutnya ke masjid untuk mengetahui keadaan di sana. Sekembalinya mereka, saya bertanya kepada paderi itu apa yang dilakukan oleh orang Islam? Dia memberitahu, tidak ada apa yang dilakukan hanya sembahyang dan pulang. Pelik, tidak ada ceramah ataupun nyanyian.

Beberapa hari kemudian, sekali lagi paderi itu mahu mengikut Mohamed ke masjid. Kali ini mereka pergi agak lama sehingga hari sudah gelap. Bila pulang saya dapati, Peter (paderi) sudah melakukan syahadah. Saya terkejut dan semalaman memikirkan hal itu, lalu menceritakan kepada isteri. Tambah mengejutkan, apabila isteri saya juga menyuarakan hasratnya untuk bergelar Muslim kerana mengakui kebenaran Islam.

Saya terus memanggil Mohamed dan kami berbincang sepanjang malam sehingga masuk waktu solat Subuh, Mohamad meminta izin untuk melaksanakan kewajipannya. Pada detik itu, saya menyedari erti kebenaran dan sudah tiba masanya untuk saya membuat pilihan yang bakal menyelamatkan saya sama ada di dunia mahupun akhirat.

Saya ke belakang rumah, ambil sekeping papan lapis dan di situlah saya sujud mengadap kiblat. Saya meminta, kepada-Nya petunjuk dan bimbingan. Selepas dari itu, saya benar-benar dapat merasakan perubahan di dalam diri. Saya terus naik ke atas dan mandi dengan harapan ia akan membersihkan dosa-dosa. Saya kini seorang yang baru dan berazam membina kehidupan atas dasar kebenaran.

Pukul 11 pagi hari itu, saya mengucap syahadah bersama dua saksi iaitu sebelum ini Father Peter Jacob dan Mohamed Abel Rehman. Kemudian diikuti isteri dan beberapa bulan selepas itu, bapa pula melafazkan syahadah. Anak-anak saya dipindahkan dari sekolah Kristian kepada sekolah Muslim. Sepuluh tahun kemudian mereka berjaya menghafal al-Quran. Akhir sekali, ibu tiri saya pula mengakui kebenaran Islam."


GAMBAR SEBELUM DAN SELEPAS KEMBALI PADA ISLAM



p/s : cerita dan gambar semua dari INCIK GOOGLE la mane lagi...

Saturday, December 01, 2012

IT'S DECEMBER GUYS..!!!

ASSALMUALAIKUM..



Holla everybody who's read my blog..ok this time just a short entri..just wanna say GOODBYE NOVEMBER and WELCOME DECEMBER..!! it's DECEMBER guys..the last month in every yearbefore we meet a new year...times flies too fast or i walk to slow??? hmmm....still didn't hava an answer for that question..huhuhu..ok thats all from me..


TEASER...





Thursday, November 29, 2012

MAJLIS DOA SELAMAT UNTUK BONDAKU

ASSALAMUALAIKUM...




ok I'm back...wah..happy gittew..ok2..entri kali ni aku xnak membebel panjang2..aku cume nak bagthu eh bukan nak share ala kira sama lettew..ok entri kali ni aku nk bgthu 2nd day mak aku sampai MALAYSIA family aku buat majlis doa selamat..yela kira mamcam kita bersyukur la everythings selamat...sebab orang kate kita pergi MENUNAIKAN IBADAH HAJI ni ibarat kita menyerah everythings ke tangan ALLAH..sebab ada yang mati kat sane..kita xtahu nasib kita..kira kita berjuang la..macam tu..ok da2 ni ade a few pic time 2nd day mak aku sampai MALAYSIA..oh ya pic kat atas ni dua2 hajjah tau..yang sebelah mak aku tu muda je..tapi rezeki die kan...




opah dengan cucunya..nampak sangat manis je cucu nya itu...opah pulak nampak kurus..


kalau sape pandai teka ape yang beza dalam pic ini..??


tengok wildan model of the day..dengan smua orang die ade..


tersenyum manis je...btw his mum said die buat kaki ala2 zizan giittew..


ok pic ni telah di edit n di combine kan..icha xbalik kampung pon cume die pkai jubah yang opah bagi..



p/s : sorry pic suasana majlis x ade...hehehe.. 


Tuesday, November 27, 2012

Saturday, November 24, 2012

WELCOME BACK HAJJAH WAN ASHIAH@WAN ASHIH BT WAN IDRIS

ASSALAMUALAIKUM..



Entri aku kali ni khas buat BONDA ku yang teramat sangat aku CINTAi...ALLHAMDULILLAH bondaku safely landed at KLIA on 19 NOVEMBER 2012 from JEDDAH after she done make HAJ...fuh aku speaking plak..huhuhuhuhu..syukur ALHAMDULILLAH MAK selamat sampai..and aku tak sangka mak 1st time naik flight tapi xkena " jetlag" ..uish..dasyat mak aku ni..da la dalam flight mak xtido..sebabnya..??!!next to her adalah haji..so mak takutr kang kalau tido terlanding atas bahu haji tu plak..yela nama ppon kita tido kan so mane nak sedar..pape pon aku n family syukur sangat2 mak selamat sampai rumah..and sihat walafiat..tu yang penting..ok here a few pic time kat KLIA while waiting mak..so enjoice kay..


ok ni entrance nak masuk ke KLIA..


hehehehe..pic aku lagi kan..so what da blog aku..mesti la muka aku je aku letak..xsuka korang xpayah tengok k..pejam mata..hahahahha..*evil laugh*


this my family members..on my right abang aku la..and on my left akk aku..ish akk aku ni kot ye ngantok pon jangan la tido kat sini..da lak tu xmenyempat2..tido sambil berdiri lak tu..hehehehhe..sorry kak idah..gurau2 manja gittew..


here me with mum to be..in shaa Allah..doakan tuk die ye..after 4years tunggu..maybe berkat mak doa kat MAKKAH kan..?!!who's know..oh lupa plak nak bagithu ini akk ipar ku..


then ni plak dad to be..pls ramai2 doakan ereka ya..after 4 years ni saat termanis dalam hdup mereka..oh ni abang aku la..wife die tadi yang kat ats nun yang pakai baju kaler pink itu..


ok ni pic da kat ..da la xjelas gambar HAJJAH..but then at least ada kan..pic dengan mak kat aiport semua kat may brota..oh ya the girl next to mak tu adik aku..die mmg suke nak interframe..so ni je pic yang aku ade..nnti kalau aku dapat pic dari abang aku kang ku update ya..



p/s : kalau aku dapat pic yang lain dari abang ku kang ku add on di disini..









Monday, November 19, 2012

SEHARI DI SHAH ALAM

ASSALAMUALAIKUM..


HMMMMMmm...cam ne aku nak mula entri kali ni ye..rasa mcm xde idea nak tulih tapi rasa cam nak share jugak..so cam ni la jadi sudahnya..xtahu nak mula dari mane..tapi pape pon aku suka pic kat atas nun..pic mahal ni..kenapa au cakap mahal..??sebab hamba Allah kat sebelah aku tu bukan suka bergambar da pulak kalau bergambar asalkan elok aksinya..kang korang tengok aksi die kat pic lain..btw aku ni citer a few days a go..citer time cuti DEEPAVALI..aku ambik kesempatan ni gi lepak SHAH ALAM la..rumah budakkat sebelah aku nun..xtahu nak buat apa so gi la shah alam..aku pegi sane time lunch..eh still boleh panggil lunch ke kalau pukul 3 p.m..??ah biar la aku nak panggil time ape pon sebab aku lunch time tu pon..orang lain gi beraya and open house aku lepak rumah saje..eh tapi ptg tu we ols keluar gi SACC MALL..so neh korang layan la a few pic time kat SACC MALL




ini la family INCIK TAUKEH..sebut betol2 bukan taugeh ok..yang sedang menolak stroller itu la INCIK TAUKEH..yang besar si baju putih itu WILDAN AQIL..si kecik berbaju orange itu NADEEM MUKHLIS..and lgi sorang tu sape lagi ISTERI INCIK TAUKEH a.k.a AKAK AKU la..so kira ni la family mereka..

APAKAH AKSI YANG SEDANG CUBA DILAKUKAN OLEH SI KECIK INI..??
ok kalau korang nak tahu die sedang cube melompat untuk ambik gambar..sape kate die tidak tahu beraksi..??si lagak dia..xnak kalah..


actually pic ni da nak balik da..dalam lift..siapa juru photog we ols..??teka la sendiri..xkan semua aku nak bgthu kot kan..??oh atas riba aku tu BIG APPLE..sekian lame aku xmakan tau..







ok tadi aku ade cakap WILDAN ni suka buat aksi pelik2 kalau ambik gambar..ni korang tengok la..die siap suruh aku ambik lain sebab nak buat aksi pelik2..



pic aku yang ni taken by WILDAN AQIL..ok jugak la..xde la teruk sangat..sure korang xbape nak percaya kan..??tapi ada aku kisah..da benda betol kan..huhuhuhu...




ni kat rumah...balik sudah..lepas kekenyang makan BIG APPLE + ROTI so kita berpicca2 dolu..si abang menyibuk dalam ini gambar..sebab tu la muka dia sipi2 sahaja..
ok nah last pic dari aku utk entri kali ini..


sekian sudah untuk kali ini..


p/s : mau tido sudah..jap gi mau bangun nak gi KLIA mau jemput BONDAKU comeback from MAKKAH..















Thursday, November 15, 2012

SALAM MAAL HIJRAH 1434H

ASSALAMUALAIKUM..





Aku rasa belum terlambat atau terlewat untuk aku ucapkan "SALAM MAAL HIJRAH 1434H" buat semua UMAT ISLAM..hari ni bermula hari baru bagi tahun baru buat semua umat ISLAM mengikut kalender ISLAM..semoga dihari baru dan ditahun baru ini memberikan kita semua seribu RAHMAT dan PENGERTIAN..kerana HIJRAH itu sendiri da membawa maksud yang sangat besar..HIJRAH berlaku dari zaman NABI MUHAMMAD S.A.W lagi..penghijrahan NABI dari KOTA MEKAH ke KOTA MADINAH..



tapi...

APA ITU HIJRAH DALAM KONTEKS ZAMAN SERBA MODEN INI..??

sama2 la kita berfikir da renungkan..apa kita sendiri telah melakukan PENGHIJRAHAN ke arah kebaikan..??atau kita selesa berada di mana kita berada sekarang..??tepuk dada tanyalah hati..tapi apa yang penting bila kita melakukan PENGHIJRAHAN kita mestilah IKHLAS dan TAWADUK' supaya ditetapkan hati kita umtuk terus BER'ISTIQAMAH..

lagu yang selalu kita dengar bila tiba MAAL HIJRAH..




P/S : saat ini bumi PALESTIN terus dibedil dan dibom..marilah sama2 kita berdoa dan terus berdoa untuk saudara kita disana..amin...